Saturday, December 6, 2008
my story
Tiada lagi yang ku harapkan, tiada lagi yg ku impikan...semuanya telah menjadi kenangan abadi dlm hidup ku. Cuaca sejuk hari ini bagaikan datang memeluk ku seeratnya.Mahu saje aku menjerit kadang tu memohon darinya moga di pulangkan semula kehidupan lampau ku andai aku boleh memutar waktu aku akan setia pada cinta yang satu. aku pernah terdengar seseorang berbicara andai itu adalah jodoh kita itulah yg terbaik dari Allah untuk kita. Namun tak ramai yang menyedari betapa manusia ini mudah terlupa dan terlalu cepat lalai dan alpa. semuanya sudah tidak ada "kalau "lagi yang ada hari ni adalah realiti yang perlu di lalui selagi nyawa di kandung badan. Tika ini baru aku terasa sia2nya aku jalin cinta ,tapi hati selalu berbeda. Kini aku sendiri, hanya Allah saje yang maha mendengar jeritan hati ku memanggil2 nama mu slalu. Ahhh! Kau sudah menjadi masa lalu ku...kini aku dengannye terus bersama melalui perjalanan yang entah bila akan sampai pada noktahnya.Sekuat aku mencuba untuk menjadi kuat seperti besi waja sekuat itu juga aku merasa ianya rapuh dan senang di patahkan. Cuaca sejuk bak berada di Cameron highland, sejenak aku teringat pada lelaki2 yang pernah hadir dan pergi dalam hidup ku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment