Saturday, December 6, 2008

my story

Pagi ni aku penuhi solat subuh ku...Terasa bagai mati hidup semula.hanya Allah saje yang maha mengetahui apa yangaku inginkan.E sok semuanya akan menyambut Aidiladha, aku bagaikan tidak bersemangat untuk merayakan entah untuk kali ke berapa aku masih keseorangan semua orang yang aku sayang tiada di sini ..mahu saje aku melarikan diri sejauhnye supaya tiada yang bisa melihat kesedihanku, kekosonganku,kesakitan,kerungsinganku dan kekusutan diri ku ini. Aku ingin menjadi sebahagia orang lain yang boleh bersama dgn orang2 tersayang...namun aku bukan manusia terpilih untuk merasa bahagia itu.Cuaca yang yang masih hujan memberi aku banyak inspirasi..Aku lebih bersemangat untuk berubah kerana selagi kita tidak berubah kita tidak dapat mengubah orang lain atau apa saje."Fat Baby" mungkin masih lagi di buai mimpi.seperti ceritaku dan ceritamu ibarat mimpi ngeri.kau banyak merubah segalanya..."Si botak" mungkin masih di Labuan..."pisang mas"mungkin belum sembuh lagi tapi kau ada semuanya sedangkan aku masih sendiri,aku tahu aku banyak berdosa menjadi pendusta.namun demi Allah aku punya niat yang tulus cuma cara untuk ku realisasikannya aje yang melanggar pantang tanyalah pada Fat baby mungkin dia bisa memahamiku semua ini adalah di sbbkan Fat Baby juga yang memaksa aku keluar dari kemelut itu mencari jalan sendiri tanpa berfikir, sebenarnya aku patut bersyukur dan menghargai apa yang aku ada tika itu.. Semua sudah menjadi sejarah aku redha walaupun hikayat aku dan pisang mas banyak menimbulkan pelbagai konflik yang merosakkan. Kini aku masih bersama fat baby mengharungi episod baru tapi edisi lama ."kodin" ???sudah tiada lagi dalam diari hidupku itu lah hendaknye kerana aku sudah muak dgn kata2 manis yang buat aku takut.Kodin2 sejenak aku terfikir mana datangnye idea2 cinta kau tu seolah manghafal skrip yang sama pada semua wanita.kalau kau ingat aku boleh di jadikan pit stop kau silap kerana aku lebih mengenali siapa itu LELAKI berbanding kau mengenali siapa itu PEREMPUAN. terus terang aku katakan aku tidak pernah jatuh hati tapi aku cuma ingin memenuhi kekosongan di hati well, terima kasih kerana hadir dlm hidup ku walau seketika cuma.."Si tembam",kaulah kawan ,kaulah teman, orang yang slalu menolong ku dlm apa jua keadaan tq..."Tuan Hj"Ahh! aku masih merinduinye dgn segala kenanganku bersama bagaikan cerita dongeng Cindirella..terlalu indah untuk di katakan namun semuanya telah menjadi kenangan abadi.."Black" he he he! aku tahu kau juga pernah jatuh hati pada ku tapi jiwa kau belum kuat untuk itu semua..kau banyak menyedarkan aku betapa terlalu banyak fitnah di sini...skrg aku dan black sekadar kawan tapi mesra biarlah apapun aku takan lupa pertolongan mu dan takan putus kawan..Teringat aku pada "Si Tua" seorang kawan yang aku anggap lebih dari kawan malah bagai kakak sendiri, rupanye duri dalam daging yang banyak menabur fitnah dan umpatan yang merosakkan nama baik ku..Di sini aku mula faham untuk baik berpada pada tapi jahat jgn sekali. kau tahu tak 'Si Tua" kau menyakitkan aku dan buat aku nekad untuk nyah kau dari hidup aku...apa maknanya andai tiada kejujuran dalam bersahabat ibarat menulis tanpa pena kosong!! Aku mula terfikir apa yang mereka inginkan dari ku, aku tidak pernah terlintas untuk membunuh kawan ku sendiri tapi kau tergamak berbuat begitu seolah kau adalah syaitan yang bertopengkan manusia.Tidak hairanlah kau juga tidak pernah merasa bahagia...selagi kita tidak membahagiakan orang lain selagi itulah kita tidak pernah merasa bahagia..aku juga mula berlajar, untuk tidak mudah percaya pada orang lain apapun yang berlaku aku hanya mengadu pada Allah yang satu hanya dia yang dpat mengetahui dan mendengar segalanya...Aku ingatkan bila aku sudah nyah engkau dari hidup aku takan jumpa lagi jenis manusia sebegini...alih2 datang lagi "Si Gong" kau pun samalah jugak macam Si Tua , baik di depan tapi di belakang kau busuk mcm bangkai...Tapi Allah itu maha besar segala perbuatan kita ada balasannya,..sekarang baru kau rasa apa itu kesakitan bila orang yang kita sayang sudah di ambik orang. walau versi kita berbeza namun samalah juga inti patinya..dgn itu aku tegaskan dunia ini ibarat sibiji bola di hujung jari Allah di arasinya.bila2 masa shj yang putih bisa berubah jadi warna lain ataupun mcm permainan catur di mana Allah yang mencaturkan segalanya...Ah! aku tak perlu ada seorang kawan mcm kau biarkan saje aku sendiri...biarkan aku dgn dunia cinta ku yang terlalu istimewa ini...bila Si Botak menyatakan rindu pada ku, aku pelik bercampur ajaib kenapa semua ni boleh berlaku pada saat dan ketika ini..manusia yang paling mulia bagi ku..aku sudah menodai cinta mu, hikayat cinta kita mmg luar biasa mungkin satu dalam berjuta..kadang tu aku mula keliru siapa kah soulmate aku yang sebenarnya?????Si botak pernah berkata aku ibarat pelangi yang bisa di lihat kecantikannya tapi tak bisa di sentuh adakah Si botak masih mencintai aku?Ya Allah aku mmg berdosa padanya terlalu banyak dosa ku...andai aku bisa memutar waktu aku ingin bercinta lagi dgnnya..Si Botak la yang banyak membentuk aku menjadi sebegini rupa..ya Allah apakah semua ini salah ku?Si Botak banyak berkorban demi aku tapi aku yang tidak pernah nampak memilih untuk mengalih arah cinta ku pada Fat Baby...Tidak hairanlah sampai ke saat ini aku belum merasa apa itu bahagia...kerana aku pernah merampas kebahagiaan orang lain..Kenapa? kenapa? kenapa? mungkin Fat Baby boleh menjawab soalan ku.atau dia hanya memekakan telinga atau sengaja membiarkan aku terus berangan untuk hidup bersamanya.hikayat cinta gila aku dan fat baby dlm pelbagai versi belum berakhir lagi walau tiada lagi yang ku harapkan dan tiada lagi yang ku impikan hanya untuk menggapai kembali kebahagiaan...berkali kali aku ucapkan,katakan,bisikkan dan laungkan aku hanya inginkan "hidup" ku kembali..Adakah aku aku patut teruskan episod cinta aku dan Fat Baby atau kembali pada Si Botak///??????????

my story

Tiada lagi yang ku harapkan, tiada lagi yg ku impikan...semuanya telah menjadi kenangan abadi dlm hidup ku. Cuaca sejuk hari ini bagaikan datang memeluk ku seeratnya.Mahu saje aku menjerit kadang tu memohon darinya moga di pulangkan semula kehidupan lampau ku andai aku boleh memutar waktu aku akan setia pada cinta yang satu. aku pernah terdengar seseorang berbicara andai itu adalah jodoh kita itulah yg terbaik dari Allah untuk kita. Namun tak ramai yang menyedari betapa manusia ini mudah terlupa dan terlalu cepat lalai dan alpa. semuanya sudah tidak ada "kalau "lagi yang ada hari ni adalah realiti yang perlu di lalui selagi nyawa di kandung badan. Tika ini baru aku terasa sia2nya aku jalin cinta ,tapi hati selalu berbeda. Kini aku sendiri, hanya Allah saje yang maha mendengar jeritan hati ku memanggil2 nama mu slalu. Ahhh! Kau sudah menjadi masa lalu ku...kini aku dengannye terus bersama melalui perjalanan yang entah bila akan sampai pada noktahnya.Sekuat aku mencuba untuk menjadi kuat seperti besi waja sekuat itu juga aku merasa ianya rapuh dan senang di patahkan. Cuaca sejuk bak berada di Cameron highland, sejenak aku teringat pada lelaki2 yang pernah hadir dan pergi dalam hidup ku...